Bantuan Pembedahan Penyakit Kronik
Kadar bayaran bantuan ialah RM500.00 (Ringgit : Lima Ratus Sahaja) bagi pembedahan penyakit kronik anggota dan dihadkan kepada satu kali bantuan sahaja sepanjang tempoh menjadi kenggotaan.
Syarat-syarat :-
- Telah menjadi anggota Co-opbank Pertama tidak kurang daripada tiga (3) tahun secara berterusan.
- Anggota itu telah dimasukkan ke hospital kerajaan atau mana-mana hospital yang diiktiraf oleh kerajaan disebabkan menjalani pembedahan penyakit kronik.
- Dalam tempoh Empat Belas (14) hari dari tarikh anggota itu keluar dari hospital, ia hendaklah membuat permohonan bantuan di bawah Kumpulan Wang ini disertakan satu laporan perubatannya.