Skim Khairat Kematian ini diwujudkan untuk memberi bantuan kepada anggota Koperasi yang meninggal dunia atau mengalami keilatan kekal.
Syarat-syarat :-
- Anggota itu telah menjadi anggota Co-opbank Pertama tidak kurang daripada tempoh dua tahun secara berterusan.
- Anggota mestilah mempunyai baki syer minima RM1,000.00
- Tidak mempunyai pembiayaan tertunggak tiga bulan dan ke atas.
Faedah Dan Manfaat Skim
Kadar Manfaat Skim Khairat Kematian adalah berkuatkuasa mulai tarikh 1 Julai 2010 dan terpakai bagi anggota-anggota individu yang meninggal dunia pada tarikh tersebut.
Manfaat perlindungan yang diberikan adalah seperti berikut: -
Kadar Manfaat Skim Khairat Kematian | ||
---|---|---|
Kematian Biasa | RM 1,000.00 | |
Keilatan Kekal Biasa | RM 1,000.00 | |
Kematian Akibat Kemalangan | RM 1,500.00 | |
Keilatan Kekal ( Kemalangan ) | RM 1,500.00 |