Syer Keanggotaan

Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad atau ringkasnya dikenali sebagai Co-opbank Pertama (CBP) adalah sebuah pertubuhan koperasi yang ditubuhkan pada 7 Jun 1950. CBP diiktiraf sebagai Bank Koperasi oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada tahun 2014.

Pertubuhan koperasi pada dasarnya berasaskan kepada penyertaan anggota-anggota melalui kemasukan syer. Keanggotaan CBP adalah terdiri daripada Anggota Individu dan Anggota Koperasi.

Sehingga 31 Disember 2022, pencapaian syer keanggotaan CBP adalah seperti berikut :-

01
INDIVIDU

SYER BIASA

ANGGOTA
90,365

BAKI SYER
RM618.55 JUTA

SYER KEUTAMAAN (iRCPS)

ANGGOTA
1,201

BAKI SYER
RM14.59 JUTA

 
02
KOPERASI

SYER BIASA

ANGGOTA
768

BAKI SYER
RM116.66 JUTA

SYER KEUTAMAAN (iRCPS)

ANGGOTA
59

BAKI SYER
RM235.63 JUTA

 

JUMLAH
ANGGOTA

91,133

BAKI SYER BIASA RM735.21 JUTA
BAKI SYER KEUTAMAAN (iRCPS)RM250.22 JUTA

Nota : iRCPS – Islamic Redeemable Convertible Preference Shares

 

Penyertaan sebagai anggota CBP akan memberikan kelebihan berikut:

  1. PULANGAN DIVIDEN YANG KOMPETITIF.

    Prestasi 3 tahun terakhir kadar pembayaran dividen oleh CBP adalah seperti berikut :-
    TAHUN KADAR DIVIDEN SYER KADAR DIVIDEN iRCPS
    2018 7.00% 6.20%
    2019 5.50% 6.10%
    2020 6.00% 6.70%
    2021 6.10% 6.82%

    Nota : Dividen CBP tidak perlu dizakatkan.

    Kefardhuan zakat dividen telah gugur. Jawatankuasa Syariah CBP telah mengesahkan bahawa dividen yang diterima oleh anggota tidak wajib dizakatkan lagi kerana Islam tidak mensyariatkan kewajiban zakat sebanyak dua kali daripada harta dan haul yang sama setelah CBP menunaikan zakat perniagaan bagi haul tahun kewangan berakhir tertentu setiap tahun.

    Seandainya anggota menyimpan dividen tersebut sebagai harta simpanan sehingga cukup haul berikutnya, zakat difardhukan ke atas harta simpanan anggota atas taklif dan tanggungjawab anggota sendiri bagi haul-haul zakat yang seterusnya.
     

  2. BERKELAYAKAN MEMOHON SKIM MANFAAT YANG DISEDIAKAN.

    Rekod 3 tahun terakhir pembayaran bantuan/sumbangan oleh CBP adalah seperti berikut :-
    MANFAAT TAHUN
    2018 (RM) 2019 (RM) 2020 (RM) 2021 (RM)

    Skim Khairat

    188,500.00 199,500.00 197,000.00 250,500.00

    Skim Elaun Hospital

    840.00 1,020.00 475.00 610.00

    Skim Penyakit Kritikal

    100.00 475.00 - 200.00

    Skim Bantuan Am

    1,900.00 2,000.00 800.00 1,300.00

    Skim Dermasiswa

    5,850.00 3,300.00 1,700.00 15,700.00

    Skim Saguhati 20 Tahun

    171,000.00 - - 251,400.00

    JUMLAH

    368,190.00 206,295.00 199,975 519,710.00

Kemasukan minima syer adalah sebanyak RM1,000.00 dan maksimum adalah RM5,000,000.00 bermula 01 Januari 2023.

Keanggotaan Individu terbuka kepada :-

  1. Melayu; atau
  2. Beragama Islam; atau
  3. Bumiputera Sabah dan Sarawak.

Syarat Keanggotaan:-

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur 18 tahun ke atas;
  3. Bebas dari kesalahan jenayah;
  4. Berkeupayaan dari segi mental;
  5. Tidak bankrap;
  6. Tidak dibuang dari keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh 1 tahun.

Jika anda berminat, sila muat turun dan isikan borang-borang berikut.

Kemasukan minima syer adalah sebanyak RM5,000.00 dan maksimum adalah tidak melebihi 20% daripada baki modal syer CBP bermula 01 Januari 2023.

Keanggotaan Koperasi terbuka kepada :-

  1. Pertubuhan koperasi yang berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993;
  2. Anggota koperasi berkenaan hendaklah terdiri daripada 90% individu Melayu atau Bumiputera Islam Sabah dan Sarawak.

Setiap permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat di dalam borang permohonan keanggotaan dan melampirkan dokumen-dokumen berikut:-

Jika anda berminat, sila muat turun dan isikan borang-borang berikut.

  1. Salinan sijil pendaftaran koperasi.
  2. Senaskah undang-undang kecil koperasi.
  3. Senarai nama dan butir-butir anggota lembaga koperasi (Nama, No K/P, Alamat, Jawatan di Koperasi).
  4. Cabutan minit mesyuarat agung koperasi yang meluluskan had pelaburan yang dibiayai oleh wang berlebihan koperasi.
  5. Cabutan minit mesyuarat anggota lembaga koperasi yang bersetuju untuk memohon menjadi Anggota Lembaga Co-opbank Pertama.