Akaun Simpanan-i Qard
Akaun Simpanan-i Wadiah akan ditukarkan kepada Akaun Simpanan-i Qard berkuatkuasa 2 Januari 2020 secara automatik. Akaun Simpanan-i Qard tidak menawarkan pulangan atau hibah atau manfaat lain. Pendeposit yang menjangkakan pulangan terhadap akaun simpanan boleh membuka akaun baharu yang dinamakan Akaun Simpanan-i Salam.
Simpanan-i Qard
Akaun Simpanan
Konsep Qard
Anggota dan bukan Anggota
Tiada Tempoh
Deposit Minimum
Kategori Akaun | Total Deposit |
---|---|
Individu | RM 10.00 |
Bukan Individu | RM 10.00 |
Akaun Simpanan-i Qard adalah terbuka kepada:-
- Individu (Perseorangan).
- Perkongsian/Syarikat.
- Koperasi
- Pertubuhan/Persatuan/Kelab
- Jabatan Kerajaan.
- Syarikat Sendirian Berhad/Syarikat Berhad.
Konsep Shariah yang digunakan ialah konsep Qard yang mana pendeposit penyimpan sebagai muqridh (pemberi Qard) dan CBP sebagai muqtaridh (pengambil deposit). Apa-apa simpanan wang yang didepositkan oleh penyimpan dari masa ke semasa adalah Qard yang akan dipulangkan oleh CBP pada baki semasa prinsipal tanpa penjejasan atau kerugian dengan nilai yang sama tanpa pengurangan atau pertambahan.
Ini adalah akaun simpanan asas tanpa tempoh matang, boleh mendeposit dan mengeluarkan simpanan tanpa apa-apa halangan pada bila-bila masa tertakluk kepada terma dan syarat serta boleh dibuka oleh mana-mana individu, akaun bersama, amanah, koperasi, korporat dan kerajaan.
Deposit simpanan adalah tiada tempoh sehingga dikeluarkan atau ditutup akaun oleh pendeposit penyimpan sendiri.
Akaun ini tidak akan dibayar apa-apa hibah / untung / imbalan / faedah atau manfaat dalam bentung kewangan atau bukan kewangan kerana prinsip Syariah melarang apa-apa penambahan terhadap nilai Qard yang merupakan riba yang dilarang syarak.
Deposit akan dipulangkan pada baki semasa prinsipal oleh CBP tanpa hibah / keuntungan dan tanpa kerugian atau penjejasan prinsipal selaras dengan Akta Kewangan Islam 2013.
Akaun simpanan ini boleh dijadikan cagaran atau lien untuk mendapatkan pembiayaan tertakluk kepada pertimbangan CBP dari masa ke semasa.
Rujuk fi atau caj yang dikenakan ke laman web CBP.