Amanah Pusaka

Produk berkonsepkan Amanah yang menetapkan sumbangan berjadual secara bulanan atau tahunan oleh Pelanggan ini bertujuan membantu benefisiari dan waris Pelanggan untuk menyelesaikan fi dan kos pentadbiran pusaka apabila berlaku kematian Pelanggan kelak.

  • Individu Muslim yang berumur 18 tahun ke atas dan maksima 79 tahun
  • Berkemampuan untuk menyediakan dan membuat bayaran secara bulanan atau tahunan
  • Bukan Harta Pusaka 
  • Umur Penyertaan Maksima Yang Tinggi Dan Kadar Bayaran Bulanan/Tahunan Tetap. 
  • Kadar sumbangan Tidak Membebankan Dan Manfaat Tabung Amanah Tinggi. 
  • Kaedah sumbangan yang mudah
MANFAAT TABUNG AMANAH BAYARAN SUMBANGAN BULANAN (RM) BAYARAN SUMBANGAN TAHUNAN (RM)
RM 20,000 30.00 360.00
RM 40,000 40.00 480.00
RM 60,000 50.00 600.00
RM 80,000 60.00 720.00
RM 100,000 70.00 840.00
RM 120,000 100.00 1200.00
RM 140,000 120.00 1440.00
RM 160,000 140.00 1680.00
RM 180,000 160.00 1920.00
RM 200,000 180.00 2160.00

 

  1. Apakah yang dimaksudkan Amanah Pusaka?

    Produk berkonsepkan Amanah yang menetapkan sumbangan berjadual secara bulanan atau tahunan oleh Pelanggan ini bertujuan membantu benefisiari dan waris Pelanggan untuk menyelesaikan fi dan kos pentadbiran pusaka apabila berlaku kematian Pelanggan kelak. Sekiranya ada lebihan daripada Tabung Amanah tersebut, ia boleh digunakan untuk penyelesaian hutang-piutang Pelanggan (jika ada) dan/atau diserahkan kepada benefisiari tanpa melalui proses pusaka sepertimana konsep Amanah yang mengikut terma syarat di dalam Surat Ikatan Amanah.

  2. Siapakah yang boleh melanggan Produk Amanah Pusaka ini?
    1. Individu yang berumur 18 tahun ke atas dan maksima 79 tahun. 
    2. Yang berkelayakan serta berkemampuan untuk menyediakan dan membuat bayaran secara bulanan atau tahunan.
    3. Pelanggan diwajibkan memahami dan bersetuju terma dan syarat produk Amanah Pusaka sebelum melanggan.

  3. Adakah Pelanggan yang mempunyai masalah kesihatan boleh melanggan Produk Amanah Pusaka?

    Pelanggan boleh melanggan produk Amanah Pusaka jika mempunyai masalah kesihatan dengan syarat manfaat Tabung Amanah ini akan diperolehi di bawah keadaan Penyakit Sedia Ada berkuatkuasa Dua Belas (12) bulan dari Tarikh Pelaksanaan Produk manakala manfaat Tabung Amanah disebabkan Kemalangan akan berkuatkuasa serta merta dari Tarikh Pelaksanaan Produk. Jika manfaat Tabung Amanah disebabkan Keilatan Upaya Kekal Menyeluruh disebabkan Kemalangan atau Penyakit, tuntutan manfaat tersebut mestilah berada di dalam keadaan Keilatan Upaya Kekal Menyeluruh disebabkan Kemalangan atau Penyakit tidak kurang dari Enam (6) bulan (mengikut laporan doktor) dan Tabung Amanah tersebut akan diletakkan di dalam Akaun Amanah di RTB sehingga kematian Pelanggan.

  4. Berapakah had umur maksima kelayakan manfaat Tabung Amanah Produk Amanah Pusaka?

    Had  kelayakan umur maksima manfaat Tabung Amanah bagi produk ini adalah sehingga umur Lapan Puluh Tahun (80) tahun tertakluk kepada terma dan syarat.

  5. Adakah boleh melanggan Produk Amanah Pusaka sahaja atau perlu dipakejkan dengan produk pewarisan yang lain?

    Untuk melanggan produk Amanah Pusaka ini dibolehkan melanggan secara berasingan (Single Product) dan digalakkan Pelanggan untuk membuat Wasiat (sekurang-kurangnya Wasiat Asas) dengan RTB bagi memudahkan proses Pentadbiran Harta Pusaka kelak dengan melantik Wasi untuk mentadbir pusaka.

  6. Berapakah kadar sumbangan bulanan yang dikenakan bagi manfaat Tabung Amanah untuk Produk Amanah Pusaka ini?

    Kadar sumbangan bulanan bagi melanggan produk ini adalah adalah serendah RM 30 sebulan dan manfaat Tabung Amanah sehingga maksima RM 200,000.00. Pakej sumbangan Bulanan/Tahunan dan Manfaat Tabung Amanah seperti di bawah:

    BAYARAN BULANAN/TAHUNAN MANFAAT TABUNG AMANAH
    RM 30 sebulan / RM 360 setahun RM 20,000
    RM 40 sebulan / RM 480 setahun RM 40,000
    RM 50 sebulan / RM 600 setahun RM 60,000
    RM 60 sebulan / RM 720 setahun RM 80,000
    RM 70 sebulan / RM 840 setahun RM 100,000
    RM 100 sebulan / RM 1,200 setahun RM 120,000
    RM 120 sebulan / RM 1,440 setahun RM 140,000
    RM 140 sebulan / RM 1,680 setahun RM 160,000
    RM 160 sebulan / RM 1,920 setahun RM 180,000
    RM 180 sebulan / RM 2,160 setahun RM 200,000

     

  7. Bolehkah sumbangan dibuat secara tahunan dan apakah kaedah bayaran sumbangan yang dibenarkan bagi melanggan produk ini?

    Ya. Sumbangan boleh dibayar secara tahunan sekiranya Pelanggan ingin berbuat demikian semasa pendaftaran dilakukan. Manakala bagi kaedah bayaran sumbangan secara bulanan, boleh dibuat melalui melalui potongan Arahan Tetap Bank (Standing Instruction) atau potongan bulanan (Auto Debit E-Mandate).
     

  8. Apakah keistimewaan melanggan Produk Amanah Pusaka ini?
    1. Bukan Harta Pusaka
      Tabung Amanah bagi produk ini tidak menjadi harta pusaka dan ditadbir sepertimana di dalam Surat Ikatan Amanah (SIA) yang ditetapkan

    2. Untuk Manfaat Pelanggan
      Bertujuan memberi manfaat kepada Pelanggan apabila berlaku kematian kelak untuk menyelesaikan Fi dan Kos Pentadbiran Pusaka Pelanggan. Jika ada baki daripada Tabung Amanah ini, RTB selaku Pemegang Amanah akan menyelesaikan Hutang Piutang Pelanggan (jika ada) dan/atau diberi secara Amanah kepada waris/benefisiari yang dinyatakan di dalam SIA. Manfaat Tabung Amanah ini akan ditadbir oleh RTB sebagai Pemegang Amanah mengikut terma dan syarat yang ditetapkan di dalam SIA.

    3. Umur Penyertaan Maksima Yang Tinggi Dan Kadar Bayaran Bulanan/Tahunan Tetap.
      Penyertaan Pelanggan produk ini bermula dari umur 18 tahun sehingga maksima umur 79 tahun manakala Manfaat Tabung Amanah adalah sehingga umur 80 tahun. Pembayaran bulanan atau tahunan adalah tetap dan tidak berubah mengikut umur dan tahap kesihatan Pelanggan.

    4. Kadar sumbangan Tidak Membebankan Dan Manfaat Tabung Amanah Tinggi.
      Sumbangan secara bulanan atau tahunan bagi manfaat Tabung Amanah tidak membebankan dan memberi pilihan kaedah sumbangan secara bulanan melalui pakej serendah RM 30 sebulan kepada Pelanggan. Manfaat Tabung Amanah boleh diperolehi sehingga maksima RM 200,000 mengikut terma dan syarat.

    5. Kaedah Sumbangan  Mudah
      Produk ini akan menggunapakai kaedah bayaran sumbangan secara bulanan atau tahunan bagi memudahkan peserta.