Hibah Hartanah

Hibah merujuk kepada pengaturan pemindahan hak milik sesuatu aset daripada pemberi hibah kepada penerima hibah tanpa sebarang balasan ketika masih hidup secara suka rela. Apabila suatu aset telah dihibahkan kepada penerima Hibah, ia telah menjadi milik penuh penerima hibah dan tidak akan tertakluk kepada hukum faraid untuk agihan kepada waris-waris pemberi hibah.

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia
  • Berusia 18 tahun ke atas
  • Penghibah bebas menghibahkan Harta Hibah yang dimiliki kepada sesiapa sahaja penerima yang dihajati termasuk individu bukan muslim berkuatkuasa semasa penghibah masih hidup tanpa dipertikaikan mana-mana pihak.
  • Pelaksanaan Hibah semasa penghibah hidup dapat meminimakan risiko pertikaian ahli waris selepas kematian penghibah.
  • Harta yang telah dihibahkan dengan cara yang sempurna tidak lagi tertakluk kepada senarai harta yang kena diagihkan dibawah hukum faraid. 
  • Harta Tak Alih iaitu hartanah yang tidak bercagar dan mempunyai Surat Hakmilik sahaja dan tidak mempunyai apa-apa sekatan undang-undang Hartanah. Terpakai kepada hartanah di semenanjung Malaysia sahaja. 
  • Hakmilik Asal/Hak Milik Strata mestilah atas nama Penghibah/pemilik mutlak.

 

PENDAFTARAN
1. Fi Pendaftaran RM 1,000 – maksima 4 hartanah
Tambahan harta RM 300 bagi setiap hartanah
2. Fi Proses RM 300
(Dokumen Hibah/SETEM/ DAFTAR PA)
PERLAKSANAAN (PINDAH MILIK)
1. Fi Penerimaan 0.5% dari nilai hartanah terkini
*sekali bayar
*dibayar oleh Pemberi/Penerima Hibah setelah selesai proses pindah milik harta
2. Lain-lain (seperti duti setem, pendaftaran pindah milik, dan lain-lain kos yang berkaitan) Mengikut kadar yang akan ditentukan oleh Pihak Berkuasa Kerajaan

 

  1. Apakah yang dimaksudkan Hibah?

    Hibah merujuk kepada pengaturan pemindahan hak milik sesuatu aset daripada pemberi hibah kepada penerima hibah tanpa sebarang balasan ketika masih hidup secara suka rela. Apabila suatu aset telah dihibahkan kepada penerima Hibah, ia telah menjadi milik penuh penerima hibah dan tidak akan tertakluk kepada hukum faraid untuk agihan kepada waris-waris pemberi hibah.

  2. Apakah rukun dan syarat Hibah?
    1. Penghibah
      • Mana-mana individu yang beragama Islam, dewasa yang berakal, telah mencapai akil baligh dan golongan rushd, di mana individu ini mampu berfikir dan bertindak untuk membuat keputusan sendiri.
      • Pemilik aset dan mempunyai kuasa penuh ke atasnya.
      • Tidak muflis.
      • Tiada paksaan untuk berhibah.

    2. Penerima Hibah
      • Mana-mana individu yang beragama Islam atau bukan Islam, mempunyai keupayaan memiliki harta sama ada mukallaf atau bukan mukallaf.
      • Mampu menerima aset yang diberikan dalam melaksanakan kuasa memindahkan Harta Amanah kepada penerima. Sekiranya penerima hibah bukan mukallaf penerimaan Harta Amanah boleh dibuat dengan melantik pemegang amanah/penjaga harta bagi pihaknya.

    3. Harta
      • Harta tak alih yang bebas daripada cagaran/gadaian sebagai sekuriti hutang dan/atau sekatan udang-undang lain-lain.
      • Halal (mengikut undang-undang Syariah)
      • Mempunyai nilai di sisi syarak
      • Boleh dipindah milik
      • Benar-benar wujud ketika hibah dilaksanakan
      • Pemilik aset sebagai pemberi hibah dan mempunyai kuasa penuh ke atasnya.

    4. Sighah (Ijab dan Qabul) dan Qabd (penerimaan)
      • Sighah Hibah merupakan lafaz atau perbuatan yang membawa makna pemberian dan penerimaan Hibah.
      • Bersambung sighah ijab dan qabul serta boleh dibuat qabd secara hakiki atau hukmi.
      • Tidak mengikat dengan syarat-syarat imbalan secara langsung atau tidak langsung.
        Tidak tertakluk kepada tempoh waktu (Umra’ dan Ruqba).

  3. Bagaimana perlaksanaan Hibah Hartanah?
    1. Hibah akan terlaksana apabila keempat-empat rukun Hibah dipatuhi.
    2. Hibah hendaklah berkuat kuasa serta merta ke atas pihak pemberi dan penerima Hibah semasa mereka masih hidup walaupun qabd terlaksana secara Qabd hukmi. Hibah hendaklah terlaksana semasa hidup tanpa Hibah bertempoh dan tanpa apa- apa sekatan. Penghibah dan Penerima Hibah akan menandatangani Dokumen Hibah.
    3. Penerima Hibah akan menandatangani Dokumen Hibah untuk melantik MAAB sebagai Pemegang Amanah Gantian. Dokumen Hibah tidak boleh mempunyai apa- apa syarat pindahan hutang dan liabiliti secara “intercondition” antara pemberi dan penerima hibah bagi mengelak isu Hibah bi syartin ‘Iwad.

  4. Apakah jenis hartanah yang boleh dihibahkan?

    Harta Tak Alih iaitu hartanah yang tidak bercagar dan mempunyai Surat Hak Milik sahaja dan tidak mempunyai apa-apa sekatan undang-undang Hartanah yang telah wujud semasa kontrak hibah dibuat (bukan aset dalam pembinaan) dan juga (bukan aset Ijarah atau aset Musyarakah yang tidak dimiliki penuh oleh pemberi hibah atau aset milik bank pembiaya) juga bukan aset yang masih dalam pemilikan pihak ketiga dan/atau lain-lain pihak atau aset perkongsian dengan pihak ketiga yang tidak boleh dibuat pembahagian dan/atau aset-aset yang telah didaftarkan sebagai wakaf kekal. Terpakai kepada hartanah di semenanjung Malaysia sahaja. Hakmilik Asal/Hak Milik Strata mestilah atas nama Penghibah/pemilik mutlak.

  5. Apakah kebaikan / faedah Hibah?
    1. Penghibah bebas menghibahkan Harta Hibah yang dimiliki kepada sesiapa sahaja penerima yang dihajati termasuk individu bukan muslim berkuatkuasa semasa penghibah masih hidup tanpa dipertikaikan mana-mana pihak.
    2. Pelaksanaan Hibah semasa penghibah hidup dapat meminimakan risiko pertikaian ahli waris selepas kematian penghibah.
    3. Harta yang telah dihibahkan dengan cara yang sempurna tidak lagi tertakluk kepada senarai harta yang kena diagihkan dibawah hukum faraid.

  6. Bagaimana jika Penghibah hendak membatalkan / meminda Dokumen Hibah?
    1. Pembatalan dan Pindaan dibenarkan tanpa persetujuan sekiranya pemberian Hibah antara keluarga seperti ibu/bapa kepada anak atau datuk/nenek kepada cucu sekiranya harta hibah tersebut belum dipindah milik.
    2. Pembatalan dan Pindaan boleh dibuat dengan persetujuan Penghibah dan Penerima Hibah secara reda meredai sebelum berkuatkuasa (qabd ke atas hibah).
    3. Harta yang telah dihibahkan dengan cara yang sempurna tidak lagi tertakluk kepada senarai harta yang kena diagihkan dibawah hukum faraid.

  7. Apakah dokumen yang diperlukan sekiranya ingin melanggan produk CBP Hibah Hartanah?
    1. Borang Pendaftaran CBP Hibah Hartanah;
    2. Salinan Kad Pengenalan Penghibah;
    3. Salinan Kad Pengenalan atau Sijil Kelahiran Penerima Hibah;
    4. Salinan Kad Pengenalan Penjaga Sah/wali mal (jika berkenaan);
    5. Salinan Surat Dokumen Hartanah/Hakmilik Tanah (Geran Tanah/Hakmilik Strata);Bayaran Pendaftaran Hibah.